Monday, April 27, 2009


MY AGARWOOD PLANTATION SDN BHD

My Agarwood Plantation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang komited menjalankan perladangan gaharu komersial pertama seluas 1000 ekar di kelantan. syarikat amat berkeyakinan tinggi untuk mengusahakan ladang depu/gaharu seluas 1000 ekar dengan keberkesanan teknologi inokulan yang kami miliki iaitu menggunakan teknologi nano alergic. Berdasarkan bukti keberkesananya yang telah kami uji terhadap pokok-pokok depu dihutan ini, ianya amat berkesan dan membuka satu dimensi baru dalam bidang perladangan gaharu ini(bukti dan keberkesanannya dapat dilihat di ladang contoh pasir puteh kelantan, lawatan boleh diaturkan sekiranya berminat untuk melawat). Berdasarkan penemuan baru ini, pihak syarikat amat berkeyakinan tinggi, teknologi nano alergic ini mampu memberikan hasil yang lumayan dan memuaskan dalam proses penghasilan teras gaharu. Kesempatan dan peluang yang ada ini, syarikat telah mengorak langkah dengan memperkenalkan satu “program usahasama perladangan gaharu komersial”, dimana peluang ini dibuka kepada individu-individu serta badan-badan yang berminat untuk turut sama menyertai dan berkongsi bersama meraih pulangan yang lumayan hasil dari perladangan gaharu komersial ini.


Menyediakan :

v Peluang usahasama dalam tanaman depu/gaharu
v Tempoh usahasama selama 7 tahun
v Selepas 7 tahun para peserta akan dibayar RM 1000.00 sepokok
v Modal peserta minima sebanyak RM 100/pokok (tiada had mengikut kemampuan)
v Surat perjanjian (surat guaman & MoU) disediakan
v Lawatan ke tapak projek disediakan
v “Tranfarent Project” bebas dari unsur penipuan kerana peserta boleh membuat lawatan

(spotcheck) bila-bila masa


Mengapa modal pelaburan RM 100?

RM 100 merangkumi :

Ø Anak benih terbaik termasuk surat cites disediakan
Ø Tanah disediakan oleh syarikat
Ø Kos penyelenggaraan
Ø Kos baja
Ø Kos inokulan (biasanya RM40/cm)
Ø Kos kawalan dari kes kecurian
Ø Selepas 7 tahun kami akan bayar kepada anda RM1000.00/pokok bermodalkan RM 100 duit anda.

Jaminan dari syarikat:
Gantirugi dibayar sekiranya proses inokulan tidak menjadi teras dan pokok mati dalam jagaan syarikat.

*Sekiranya anda ingin mengusahakan sendiri, mampukah anda menanggung kos dan risiko dibawah sebanyak RM 100

Kos sewa tanah
kos cuci tanah
Kos baja
Kos penyelenggaraan
Kos inokulan
Kos kawalan
Risiko pokok mati
Risiko proses inokulan tidak menjadi
Risiko teras tidak terhasil
Risiko kecurian
Pasaran yang tidak menentu

Sekiranya anda berminat atau mempunyai masalah sila hubungi saya:
bugaros_evo@yahoo.com.my


Potensi Perladangan Gaharu

Peladangan depu/gaharu merupakan satu bentuk pelaburan yang mampu mendatangkan pulangan lumayan pada masa kini yang mana 1 ekar ladang depu boleh menjana pulangan keuntungkan sehingga RM 1 juta/ ekar. Oleh yang demikian ramai yang berlumba-lumba untuk menanam dan mengusahakan sendiri pokok yang bernilai ini yang diistilahkan sebagai “emas hitam”. Pokok depu ini merupakan spesis pokok hutan yang tumbuh meliar di dalam hutan dan juga kebun-kebun getah orang kampung yang mana habitatnya adalah mudah dan tidak merumitkan untuk hidup di mana-mana kawasan selain dari kawasan tanah yang berair. Pokok depu ini pada pandangan orang kampung dan mereka yang tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang pokok ini adalah amat tidak bernilai kepada mereka dan menimbulkan satu masalah kepada mereka kerana pokok ini amat mudah membiak di dalam kebun-kebun getah dan menyemakkan kawasan. Bagi mereka yang mengetahui potensi pokok ini, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya sehingga ada yang sanggup memasuki jauh ke pendalaman hutan berbukit berminggu-minggu dan ada yang sanggup mengambil risiko mencerobohi kawasan hutan simpan semata-mata untuk mendapat teras/gaharu, itu pun kalau yang bernasib baik mampu mendapatkan teras gaharu ini dengan kuantiti yang sedikit. Ini kerana pokok depu ini tidak semua yang mampu menghasilkan teras gaharu, kenapa hal ini boleh berlaku? Ianya adalah disebabkan oleh faktor-faktor alam semulajadi, yang mana pokok depu hanya menghasilkan teras gaharu apabila proses tumbesarannya diganggu atau terbantut. Oleh yang demikian pokok depu yang mengandungi teras gaharu ini biasanya boleh didapati pada pokok yang sakit sahaja. Sekiranya pokok yang sihat dan tidak ada sebarang kecederaan teras gaharu tidak terhasil. Teras gaharu terhasil adalah disebabkan pokok yang sakit, apabila pokok ini sakit maka pokok ini akan mengeluarkan satu cecair yang dikenali damar atau risen (boleh dikatakan juga sebagai antibodi) untuk merawat kembali kecederaannya, damar dan risen inilah yang akan menyebabkan berlakunya pembentukkan teras gaharu. Oleh yang demikian, para pengusaha depu yang ada dan lahir bagai cendawan tumbuh akan melakukan proses menyakitkan pokok bagi memaksa pokok depu ini mengeluarkan damar/risen. Biasanya proses ini akan dilakukan apabila pokok mencecah usia 5 tahun. Ramai pengusaha-pengusaha yang berusaha melakukan pelbagai cara untuk memaksa pokok depu ini menghasilkan teras gaharu dengan pelbagai kaedah tetapi hasilnya adalah tidak seberapa. Dari kaedah rawatan atau dikenali dengan proses inokulan ini yang berkonsep tradisional dengan menggunakan bermacam-macan cara dan kaedah tetapi hasilnya tidak seperti yang dikehendaki, dengan itu kajian selidik giat dijalankan maka lahirlah kaedah inokulan moden yang menggunakan fungus dan ada juga yang menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan teras gaharu (makluman teras yang dihasilkan dengan menggunakan bahan kimia tidak mendapat permintaan kerana boleh memudaratkan pengguna). Kaedah yang menggunakan fungus ini sedikit sebanyak mampu membantu pengusaha dalam menyelesaikan untuk mendapatkan teras dari pokok depu. Persoalan dan juga permasalahan yang timbul pada hari ini adalah, dalam banyak-banyak kaedah inokulan yang diperkenalkan dan ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha ladang depu ini, tidak ada satu pun teknologi yang yang dapat menghasilkan teras gaharu semaksima mungkin. Keadaan ini berterusan hingga ke hari ini, dan disebabkan hal ini, maka ramai pihak termasuk pihak kerajaan dan juga swasta berlumba-lumba membuat kajian untuk menghasilkan satu teknologi yang berkesan bagi bergerak selangkah kehadapan untuk menandingi antara satu sama lain.
Walaupun kita lihat bahawa untuk megusahakan ladang depu ini adalah tidak rumit kerana pokok ini senang ditanam tetapi hakikat yang sebenarnya adalah silap. Mungkin proses penanamannya adalah mudah tetapi kekangan dari faktor-faktor lain yang menyebabkannya menjadi rumit dan berisiko tinggi. Antara permasalahan yang paling utama dalam bidang ini adalah teknologi inokulan. Teknologi inokulan merupakan faktor terpenting dalam bidang ini, kerana ianya dapat menentukan hasil selepas tempoh yang agak panjang kita luangkan untuk mendapatkan hasilnya iaitu selama 7 tahun kita berusaha menguruskannya. Sekiranya tersilap memilih teknologi inokulan yang sesuai dan berkesan maka usaha kita berpenat lelah selama 7 tahun akan dibuang begitu sahaja. 7 tahun merupakan satu tempoh yang panjang untuk kita sia-siakan dan ianya tidak dapat ditebus dengan wang ringgit walaupun wang ringgit juga telah dibazirkan selama tempoh itu. Sanggupkah kita memperjudikan masa 7 tahun tersebut untuk mengambil risiko bagi pemilihan teknologi yang sesuai dan berkesan. Risiko yang seterusnya adalah dri segi proses penuaian hasil, proses penuaian hasil ini memerlukan tenaga pakar. Ini kerana, semasa kita menyucikan teras gaharu dengan kayu luar memerlukan tugas seni dan pakar bagi mengelakkan berlakunya kerugian dan pembaziran, tidak semua pekerja yang mampu memikul tugas ini dan ianya memerlukan kepakaran dan juga pengalaman. Sekiranya tersilap kita yang akan menanggung kerugian, sepatutnya 1 pokok boleh menghasilkan 5kg teras gaharu disebabkan menggunakan pekerja yang kurang mahir maka berat teras akan berkurangan. Pasaran juga menjadi satu masalah kepada pengusaha-pengusaha kecil-kecilan, ini kerana untuk kita jual terus kepada pembeli secara sah nya ianya memerlukan lesen perjualan teras gaharu yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Pengusaha kecil-kecilan ini memerlukan masa yang lebih lama untuk menjual hasil keluaran mereka berbanding pengusaha-pengusaha besar yang mana telah mempunyai jalinan yang kukuh dengan pembeli-pembeli di luar negara. Selebihnya risiko penanaman, sekiranya pokok mati, pembajaan, pengairan, ancaman dari perosak, penjagaan dan sebagainya.